Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

HANYA TINGGAL KENANGAN..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Awak,
hari ni 27 rejab 1434H, bersamaan 6 jun 2013.
pertama,
sy ucapkan Salam Israk Mikraj 1434H,

Kedua, paling penting dalam entry ni,
hari ni hari lahir dia, 6 Jun 2013..
kalaulah dia masih ada,
kegembiraan dan kesedihan kita kongsi bersama kan.
kalaulah dia masih ada, 
sekarang umurnya 65tahun.
Selamat Hari Lahir Bapak :)

Dia pergi tinggalkan kami masa 20 mac 2011.
dah 2 tahun. cepatnya masa berlalu.
sy rasa macam baru semalam sy jaga dia koma di hospital.
masa tu, awak, awak, dan awak tak putus-putus beri sy semangat.
sebab cuma awak, awak, dan awak yang lihat kejatuhan sy ketika itu,
cuma awak, awak, dan awak yang lihat sy tersungkur ketika itu,
awak semua serapkan kembali semangat dalam diri sy,
gembirakan sy waktu sy melamun jauh,
sebab tu sy sygkan kehidupan sy di unisza, 
sebab awak semua beri kesan dalam hidup sy.
sy hargai awak semua. terima kasih. :)

awak nak tau?
saya rindukan dia. sangat rindukan dia.
kalau dia masih bersama kami,
pasti dia gembira,
walaupun dia dah pergi, tapi ada orang baru dalam family kami,
orang-orang yang dia tak sempat kenal di dunia,
syahmi adib, mohd adif haikal, syahmi afiq, dan
muhammad azhad danish rayyan.
tapi sy yakin, mereka akan jumpa di syurga nanti. Aameen.

kalau dia masih bersama,
mesti dia seronok tengok sy belajar jauh.
jauh dari rumah, tapi masih dalam malaysia,
sy bayangkan dia teruja nak hantar sy ke sabah,
sebab masa hayatnya, dia suka jalan-jalan.

puteri bongsu dia pulak dapat masuk uia.
in sha Allah pd 10 jun ni.
kalau dia ada, mesti dia nangis gembira,
sebab dia selalu doakan puteri bongsu dia dapat jadi peguam.
harap-harap termakbul doa dia. Aameen.

sy teringat dulu,
dia teringin sangat nak jalan-jalan kat ipoh,
sy sendiri tak tau apa istimewanya tempat tu,
tapi Allah takdirkan dia ke ipoh dalam keadaan koma, 
dan dia hembuskan nafas terakhir di hospital ipoh.

dan tempat tu sebenarnya bawa kesan yang dalam pada kami sekeluarga.

sy rindu dia. rindu bau dia. rindu dalam pelukan dia.
rindu cium tangan dia, rindu dengar suara dia, makan bersama dia.
untung lah,
awak, awak dan awak yang masih ada hero dalam keluarga.
hero sy dah tinggalkan sy. :)
sy cemburu dgn awak awak dan awak yang masih ada hero.
sumpah sy cemburu.

awak masih boleh bergembira dengan hero awak.
awak masih boleh bermanja dengan hero awak.
sy? cuma pandang dengan rasa cemburu.
kalaulah sy masih ada hero sy.
kan?
tapi sy gembira lihat kegembiraan awak, awak dan awak. :)
hargai mereka selagi mereka masih ada.

sy pun tak tau kenapa pipi sy basah?
kenapa tangan sy menggeletar tulis pasal dia?
rindu sangat kot :) 
jangan risau, sy ok, keep calm and keep smile. hehe

puan emak lebih perlukan dia ketika ini.
jadi kami perlu kuat, supaya puan emak jadi lebih kuat untuk hadapi ujian akan datang.
kan? :)


Kirimkan doa buat dia.


Al- Fatihah
Allahyarham Hj Imam Kailani Bin Hj Abdullah, 
20 march 2013
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aameen.



Hargai mereka selagi mereka masih ada.
Wasalam.

UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

5 comments:

Anonymous said...

tarikh lahir arwah ayh ko sama dgn tarikh arwah nenek aku mninggal.. 6 jun 2011.already 2 years. Al fatihah. be strong dear! #cikTuan

SITI FATIMAH said...

terima kasih sbb sntsa ada utk aku, love you ya, ko pun sabar byk2 :)

badrulasiyahabukassim@blogspot.com/ said...

cantik nya blog kamu,, tahniahhh... kenangan mengusik jiwa....kasih ibu berkorban nyawa,, kasih ayah membawa ke syurga...

badrulasiyahabukassim@blogspot.com/ said...

jgn lupa jemput ke blog saya,, , ada kenangan yg mengusik jiwa juga,,, sggtt berharga

BadrulAsiyah Abu Kassim said...

page :beautiful amal...