Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

pasti kau boleh bertahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

gambar dan kenangan boleh ingat masa lalu kan?
kadang-kadang aku cuma beri masa sedikit
 pada diri sendiri untuk 'kembali' ke masa lalu
cuma sedikit masa,
sebab kalau dibiarkan,
aku boleh tenggelam sendiri,
lemas dengan masa lalu.

lemas sebab rindu.
baru 3 jam sampai kat sabah,
dah menghitung hari untuk pulang ke semenanjung.
dah sibuk survey tiket balik cuti.
bukankah itu maksudnya gelabah?

Yes.

memang betul.
gelabah aku, kalut aku rindukan semenanjung.
walau kawan di sini cukup menghiburkan,
tapi

tempat jatuh lagi dikenang kan.

yang penting,
kena kuat semangat,
positif.

peneman study aku.

cik bebear tu antara semangat aku untuk habiskan degree kt sini
ada lagi 3 tahun
dan gambar aku yang gemuk,
masa kt Dataran Shahbandar.
jujur, entah kenapa
aku suka kembalikan memori aku di terengganu.
sampai aku rasa aku berada di terengganu ketika aku melamun.

sampai,
kadang-kadang aku penah fikir,
kalau boleh,
nak buat sebuah rumah di area Kuala Terengganu,
kalau boleh dekat dengan pantai,
maksud aku dekat adalah mungkin dalam
15minit jarak rumah ke pantai menaiki kereta.

melalut jauh aku

tapi takpe,
mungkin 1 hari nanti,
aku spent duit sikit-sikit
dan buat rumah di sana.
insyaAllah, doakan aku.


sifi kuheret ke sana ke mari
walaupun jauh,
kita tetap pandang pada langit yg sama kn?
mendoakan antara 1 sama lain.

walau hanya dikurniakan beberapa jam,
tetap syukur.
*sebak

Escalator.


Stadium Tertutup Gong Badak
2/12/2012
Wasalam.


UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

No comments: