Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

I HATE DISTANCE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dah lama aku tak mengupdate blog ni,
aku pun tak tau kenapa,
mana pergi semangat waja aku yang dulu?
yang pantang nampak orang lain update blog, aku pun rakus nak update jugak?
mane hilang semangat tu?

aku pun tak tau sama ada blog aku masih dikunjungi atau tak.
walaupun follower ramai, tapi tak semestinya semua update dengan entry aku kan.
tapi yang sedang membaca sekarang ni.
aku ucapkan jutaan terima kasih.

aku ada 4hari lagi di sabah,
sebelum aku menamatkan semester 1.
aku tengah menanti last paper exam aku, gap 9hari.
jauh ya amat.

tapi aku menanti je dengan sabar.
sepertimana aku sabar dengan dugaan2 semasa aku di sini.
yang penting aku tak sabar nak balik.
aku nak jumpa dengan semua orang yang aku rindu.
semua ada dekat semenanjung.
family aku.
kawan-kawan aku.

kenapa aku rasa berat bila dipisahkan oleh laut cina selatan ni?
berat ya amat.
orang ingat aku suka duduk kat sabah ni.
sepertimana reaksi suka yang aku tunjukkan bila aku jumpa dengan orang sekeliling aku.
reaksi ketawa bila aku jumpa rakan sekelas.
tapi hakikatnya.
aku tahan je rasa nak menangis bila berjauhan.
tahan menangis di hadapan orang sekeliling aku.
aku bukan la kuat sangat.
tapi aku cuba kuat.
walaupun ketika aku tulis entry ni, pipi aku basah tak henti dek air mata.

aku tau jalan aku tak semudah yang orang sangkakan.
tapi aku perlu ingat
ada orang yang mana jalan mereka lebih sukar dari aku.
dan aku perlu bersyukur.




kadang-kadang banyak benda yang aku nak luahkan kat sini,
tentang apa yang aku rasa,
tentang apa yang aku hadapi,
tentang apa yang aku alami.
tapi tak boleh..
aku perlu manjaga hati banyak pihak...

kadang-kadang banyak benda yang aku nak celotehkan pada kawan aku
apa yang terbuku dekat hati..
tentang apa yang aku rasa,
tentang apa yang aku hadapi,
tentang apa yang aku alami.
tapi tak boleh..
bukan semua cerita hati boleh disingkap..
aku perlu menjaga peribadi banyak pihak...

dan aku tak nafikan,
makin dipendam makin sakit..
jadi cara aku luahkan adalah melalui tangisan.
tak lupa, Pengabdian pada Yang Maha Esa.

aku dah tak larat lagi nak menaip.
dengan pipi yang basah...
dengan mata yang bengkak...
nampak tak Siti Fatimah yang dulu berhati waja,
tapi SEKARANG?



Bahagian orang lain-lain,
jangan ingat diri tu tak beruntung..
Wasalam.


UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

No comments: