Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

Memang bes rasa kena himpit-himpit nak naik bas!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum semua. :)

Sejujurnya,
pagi tadi aku malas sangat nak pegi kelas.
hari ini aku ada kelas jam intro to basic food science jam 8-10 pagi,
dan kelas Halal food, jam 11-1tghri.
pagi tadi aku bangun lambat, pukul 6.30!
dengan rasa sakit-sakit badan main bola tampar, 
memang terkejut tak tipu bila bangun lewat,
fikir baju yang tak beriron lagi, kena tggu bus lagi,
memang kelam kabut.
hati pulak dah berbolak balik nak pergi kelas ke tak.
tapi, bila fikir-fikir balik, 
kalau aku miss kelas, sapa nak ajar aku, nak amek lecture note lagi,
kat sini mana ada mase dah aku nak manja-manja time diploma dulu.
sume kena buat dengan pantas, cekap, efficient lagi tuh.

Alhamdulillah,
setelah aku rushing, grab mana note yang sempat,
aku sampai kat klas jam 7.40am.
lega nasib baik sempat tau.
itu pun dalam kelas masih ngantuk-ngantuk tersengguk-sengguk aku tau.

oh ye,
untuk subject intro basic food science,
ada banyak part yang menyentuh tentang thesis aku dulu.
E.Coli 0157:H7 Food Poisoning!
rasa happy pulak, ada benefit jugaklah 
masa diploma medical lab dulu thesis aku tajuk food poisoning.
insyaAllah, untuk thesis degree ni aku bercadang nak buat thesis 
tentang Vibrio Cholera mungkin. mohon doa kalian kawan-kawan. Thanks!

Then, habis kelas je, aku dan angela terus amek slides note.
tapi lambat jugak turn ktorg punya turn sebab ramai gila kot kat depan tu.
tapi kalau aku xrebut jugak nak amek note, sapa nak suap aku??
kau nak ke?
bila dah selesai amek notes, kena tggu bus lagi untuk kelas aku kat dkp baru.
angela plak terus balik, sedaplah kau kan takde kelas dah. haha
sebelum pegi tggu bus, aku beli roti dulu untuk alas perut.
oh, korang nak tau, aku dah lama tak makan nasi.
bukan apa, aku tak pandai lagi nak makan mknn kat sini.
nanti korang ajarlah ye. 
setakat ni yang aku telan hnya makanan panas antaranya adalah kuetiaw.
ada 1 masa, aku makan kuetiaw tomyam kat cafe bawah tu, 
memang sumpah pedas gila sampai nak meletup telinga aku.
teringat my bestie, enen, dia memang raja opah segala kepedasan.

Ok, skang dah masuk point sebenar,
lepas beli roti, aku and my angela pergilah tggu bus.
dah lah jam 10 tu waktu kemuncak ramai student dah habis kelas.
bila sampai je 1 bus,
aku dan angel bernasib baik sebab bus berhenti depan ktorg. 
klas aku kul 11, kne rushing faham tak.
walaupun bus tu berhenti depan ktorg, tapi bukan ktorg yang masuk awal,
sebab semua student berhimpit-himpit serbu bus.

Kali pertama aku naik bus nak pegi kelas, dalam keadaan tersepit terhimpit
macam nasi kapit dah aku, dengan ramai orang yang menghimpit, menolak.
walaupun dalam keadaan terhimpit aku sempat gelak jugak sebab kelakarlah.
pengalaman tu. berharga betul pengalaman macam tu.
tapi, angela tu dah lah kurus keding, kesian lah kat dia terhimpit,
sampai merah-merah kot lengan dia tersepit.
bila dia kat depan pintu pun dia masih tak boleh masuk sebab beg pulak tersepit dekat org ramai.
ada jugak sorang student perempuan siap tolak-tolak ktorg lagi.
tak beretika dan berakhlak langsung.

Perempuan yang banyak gelak dan banyak cakap,
Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah, dan banyak menangis dalam diam.

ape-ape pun,
kitorg sampai di kg e dengan selamat.
Alhamdulillah.

meet my new friend, Angela. sempat snap sebelum bus sampai.

Rasanya cukup kot story aku setakat ini,
sebab rabu ni aku ada test organic chem, banyak lagi tak cacth up ni,
so, bagi aku study dulu ye.
kawan-kawan, tolong doakan supaya Allah permudahkan urusan aku dalam ujian ini. Thanks :')
Oh ye, Team bola tampar Wonder PAP kitorg dapat num 2,
kitorg dapat silver medal lagi tu. Alhamdulillah!
tapi aku yang banyak main-main je dalam court lagi tu, haha.
yang buat team ktorg menang sapa lagi kalau bukan k.mai yang terer gila. dpt jadi player ums lagi.
congrats akk!


team Wonder Pap yang dapat naib johan bola tampar untuk Sukan MASSA UMS.

Aku bangga bila kau ada dalam hidup aku.
Aku bahagia bila kau ada untuk aku.
Aku harap aku tak berjuang keseorangan.
Wasalam.


UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

2 comments:

zila manaf said...

oke krusher tu wat sy jeles ;p

saifudin said...

Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,