Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

Boleh tolong hormat guru kau banyak sikit tak??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum semua.

Baru selesai kelas Statistic jam 10.15pg tadi.
Agak sedikit mengantuk aku dalam kelas bila malam tadi macam tak cukup tido.
Apatah lagi ditambah dengan perut yang dah berbunyi-bunyi.
Kesian aku mengantuk sebab otak aku kurang oksigen.
Jadi, sila jangan tiru macam aku.
Sangat tak bagus untuk tumbesaran kita kan.

Dalam lecture hall tadi,
ramai yang tak pay attention, ada yang bising borak-borak bagai.
pensyarah di depan sibuk mengajar, dia pulak sibuk jugak nak 'mengajar' di belakang.
mungkin ini yang dikatakan budak tak cukup umur lagi kot. ops. maaf.
bila pensyarah perasan, mula lah masa meng'curse' pelajar tiba.

Guru mana yang tak marah bila sesi pengajaran beliau tak dihargai.
Aku yang nampak kau bising pun semacam aku rasa kau tak sopan.
haih. kemon la guys, kau tu bukan muda sangat. walau hakikatnya muda dari aku.
sekurang-kurangnya hormat lah sikit walau pun kau boring or ape-ape pun la.

bukan apa, aku terkejut jugak dengar 'curse' tu,
"kalau kamu tak bagi perhatian pada saya, jangan harap kamu akan lulus subjek ini.
kamu merayu lah pada canselor ke, naib canselor ke, dekan ke, ape ke, bila saya cakap akan gagalkan kamu, saya akan gagalkan, jangan cabar saya. 
saya takkan pandang kamu lagi walaupun kamu menangis air mata darah sekalipun.
kamu takkan dapat grad degree kamu sampai bila-bila"

ok fine.
aku yang mengantuk masa tu pun, terjaga terus macam orang simbah aku sebaldi air.
takut aku dengar, nasib baik la lagi berapa minit je nak habis kelas.
aku tengok budak-budak yang lain pun yang tadi bising, terus senyap,
student yang kepala mcm ayam patah leher, dah tegak balik,
student yang kepala bawah meja tetiba tegak kaku mcm ada lagu negaraku.

Jadi,
untuk pelajar di luar sana,
sila lah hormat pensyarah atau pun guru korang.
sayangi dan hormati mereka ok.
sekali pensyarah dah 'attack' kau kerana kau menyakiti hati mereka,
mereka doakan yang tak elok untuk kau,
memang seumur hidup kau akan menderita.
jadi, jangan main-main ok.
ada masa enjoy, kau enjoy lah puas-puas.
ada masa kau nak main, main puas-puas ok.
yang penting, tingkatkan kredibiliti kita sebagai seorang pelajar.

aku ngantuk. kena sambung tido balik nih.
petang ni jam 4-6pm ada training bola tampar untuk sukan massa UMS.
jadi aku kena dapatkan rehat cukup,
untuk main betul-betul. haha. poyo ayat aku.
terimakasih membaca entry aku. harap tak bosan.


mungkin kita berjauhan, tapi kita tetap pandang bulan yang sama kan?



mr coffee selalu pesan,
kalau waktu serius, jangan main-main dan sambil lewa.
macam ada organic chemistry je kau dengan aku kan.
kau agak serius sikit.
aku banyak main-main.
apa-apa pun, doakan jodoh kami.
wasalam.


UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

1 comment:

Arai Lekir said...

dulu aku dan satu kelas pernah buat lecturer static mengajuk seminggu sbb lambat masuk kelas