Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

Eh, Hari ini Dua Puluh Lapan September Lah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum semua :)

Hari ini Dua Puluh Lapan September Dua Puluh Dua Belas.
Pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mr coffee dan my bestie ainin sofia
yg sudi mengingatkan ulang tahun kelahiran aku
lantaran kesibukan aku menjalani kehidupan sebagai mahasiswi kembali. Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekalian 
kerana kalian masih menyedari kewujudan aku dan sudi mendoakan kesejahteraan aku.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.
Antara sedar dan tidak, hari ini genap umur aku dua puluh satu.

Sebaik sahaja aku login dalam facebook.
Aku terharu bila baca post-post kalian, doa -doa kalian,
Jadi, aku buat keputusan untuk simpan masa aku depan laptop hari ini,
taip satu persatu, membalas post kalian.
Dan juga entry ini untuk tatapan kalian.

Buat pertama kali dalam hidup pada umur dua puluh satu aku berada di negeri di bawah bayu.
Sayu memang sayu bila berjauhan. Tapi aku di sini memikul satu amanah dari keluarga.
InsyaAllah, akan aku laksanakan dengan sebaik mungkin amanah ini.
Sebaik sahaja aku menapak di Universiti Malaysia Sabah (UMS),
aku menyimpan satu azam yang pernah aku kongsi bersama sahabat baik aku (ainin sofia),
iaitu untuk jadi Student First Class Degree.
Walaupun aku jauh di Sabah, Dia jauh di Terengganu.
Aku harap persahabatan aku dan dia takkan terputus kerana jarak.

Rezeki kita Allah yang tentukan. Pasti Allah berikan yang terbaik. Kalau bukan masa sekarang,
 Pasti masa akan datang. Ingat, janji Allah itu pasti.
Alhamdulilllah. Aku bersyukur sangat Allah berikan aku dan jugak kawan-kawan MLT aku dulu
 peluang untuk further study, antaranya 
Nisah, Lin, Teeka (USM)
Teha, Bariyah (UMP)
Fiqah (UMK)
Yana, Yati, Dani (UPM)
Ainin, Akma, Nabila, Fadz, Dilla (UMT)
Husna (UniSZA) 
Fatin (UKM)
Munirah, Azimah (UniMAS)
Ramai kan. Alhamdulillah. Inilah semangat-semangat ex-student diploma Medical Lab.
Kalian tolong doakan agar Allah permudahkan urusan kehidupan kami dalam menuntut ilmu Allah. 
Terima Kasih :')
Buat kawan-kawan yang lain, jangan putus asa, boleh cuba lagi, jangan putus doa,
insyaAllah, kalau bukan sekarang, pasti akan datang rezeki kalian. Aamiin.


Hari ini, genap 9hari aku harungi berbagai keadaan baru di sini. Keadaan yang aku tak pernah lalui di unisza. Kan pengalaman tu mematangkan diri sendiri. Kan? yang penting aku tetap sayang unisza.
Kat sini fakulti dipanggil sekolah. Kolej kediaman dipanggil kampung.
Jadi, aku :
Siti Fatimah Bt Imam Kailani dari Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP).
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan Dengan Kepujian (Teknologi Makanan Dan Bioproses)
Menetap di Kampung E. Jelas kan?

Pertama, kat sini, aku dapat ramai kawan, dari berbagai-bagai kos yang berlainan, adik-adik pulak tu.
tak macam dulu, ke sana, ke sini dengan kawan 1 kos je, walaupun dengan kawan 1kos je,
korang tetap yang terbaik!
Kedua, kawan sekuliah je hampir-hampir 200 orang. Jadi memang aku tak dapat kenal semua.
Hanya dalam anggaran 2/5 je yang dapat aku kenal dan cam. maaf.
Ketiga, kena daftar kursus sendiri secara online, pilih subjek sendiri, waktu jadual sendiri,
wow! hebat! satu perkara baru dan menarik bila aku dapat susun jadual aku sendiri.
aku boleh padatkan diri aku pada hari apa, free kan diri aku bila.
nanti aku tunjukkan jadual yang aku susun sendiri pada kalian ye.

Keempat, Kampung E berhampiran dengan Dewan Kuliah Pusat baru (DKP 11- 29)
tapi sangat jauh dengan dengan Dewan Kuliah Pusat lama (DKP 1- 10)
kalau kelas aku berada di DKP baru, untunglah, jalan kaki sekejap, cepat sampai.
kalau kelas aku berada di DKP lama, aku kena bangun awal, kena beratur tggu bus,
kalau aku lambat tggu bus, alamat lah aku terpaksa turun naik bukit jalan kaki menapak ke kelas.
aku rasa enen, kema, nisah, tuan, meknab, mekti, fiqah, dan yg lain mesti faham aku selalu lambat.
Kelima, lecture note pun kena cari sendiri. sekarang ni aku cume bermasalah dengan kimia organik.
Dengan Lecturer yang strict. Budak stp matriks laju je aku tengok dengan kimia ni.
Sedih pulak. yela, masa diploma dulu aku ada belajar biokimia je. bukan kimia organik.

saja aku besarkan. nampak tak aku free hari khamis dan ahad? bes betul. 

Aku rasa mesti korang penat membaca entri aku kali ni.
Maklumlah, da lama tak update. pada ulang tahun kelahiran aku pulak tu.
oh ye. raya haji ni aku tak balik sebab cuti cuma seminggu.
tapi aku tak sabar nak balik sebab kak long cakap nak belanja secret and tuti.haha
bukannya aku tak boleh pergi sendiri, disebabkan dduk jauh,
maka aku haruslah berjimat cermat sedikit demi keperluan aku di sini.

Nah, aku tepekkan sekeping gambar aku kat LCCT sebelum berangkat kat Kota Kinabalu.
Gamba yg lain ade kat kak long dan abg os. 


Dua puluh lima september,
genap dua tahun.
Dua puluh lapan september,
genap dua puluh satu tahun.
Rindu kawan MLT.
Wasalam.


UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

3 comments:

Cik Ija Akmal said...

mr coffee ?? hehe
tahniah mek.alhamdulillah rezeki ko kat sana.

SITI FATIMAH said...

haha, mek sore ni kan, yg tu jugak dy nk highlight, haha..
Alhamdulillah, rezeki masing2...tp mek rndu la kt korg, rasa nak nangis... ;(

Anonymous said...

Salaam, nk tnya brape ye pointer bg lpasan asasi untk aamik kos ni? hrap sudi reply.tk