Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

Tidak sesukar mana menjadi suri rumah sepenuh masa apabila hidup berdua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Aku kini Suri Rumah Sepenuh Masa.

Coretan demi coretan aku lakar di sini
Mungkin hanya sekadar contengan tanpa erti 
buat mengisi kebosanan aku, 
mungkin juga untuk tatapan kalian yang melawat laman ini.

Setelah menamatkan pengajian aku, diploma teknologi makmal perubatan,
aku bukanlah hanya menggoyangkan kaki dan lemak-lemak aku di rumah,
tapi 
aku belajar
bagaimana untuk menjadi suri rumah, mengurus rumah tangga. mungkin.

Suri Rumah?
Err.
Maaf, aku masih bujang dan belum berkahwin.
Tapi,
Aku kini hidup berdua.
Menjaga kesayangan aku di bawah ini.

hidup BERDUA bersama ibu tercinta. Sekian. Sila jgn salah sangka.

Rutin pagi,
membersihkan diri + mengadap Illahi
menyibukkan diri,
menyiapkan sarapan untuk mengisi kekosongan perut.
menyapu rumah.
borak dengan ibu tercinta.
membasuh pakaian.
memasak + menyidai pakaian.
sambung memasak + mnonton tv.

Rutin tengahari ke petang,
menghidangkan makanan buat ibu tercinta.
solat .
basuh pinggan + kemas dapur.
borak dengan ibu tercinta.
menonton cerita kegemaran 
*puteri yang ditukar - ini wajib
*anugerah - ini wajib
*nada cinta - ini wajib
*dan cerita-cerita lain tayangan astro.
tutup tingkap.
pasang lampu.
masak air.
angkat pakaian dr ampaian.

Rutin maghrib ke malam.
bersihkan diri + menyembah Illahi.
masak untuk makan malam.
hidangkan makanan.
tonton tv.
borak dengan ibu tercinta.
masuk bilik buka laptop.
tgk movie sampai tertidur.

Mungkin rutin aku seperti membosankan.
Tapi.
Aku seronok. Ibu tercinta pun ada depan mata tiap masa.

Mungkin, ada sebahagian di antara kau yang bersuara
" menjadi suri rumah itu menyusahkan! menyukarkan! "
" belum tiba masa aku untuk belajar mengurus kehidupan dirumah! "
Tapi, bagi aku
kalau kau da biasa melatih diri menjadi suri rumah,
mungkin tidak sesukar mana kehidupan kau apabila berumah tangga nanti.
kan. 
lebih-lebih lagi apabila kau mungkin akan duduk sebumbung dengan mertua kau.
kehidupan kau nanti senang macam sesenang kau petik jari.
Tapi, mungkin pendapat kita berbeza.

Aku kutip pengalaman di depan mata.
sama ada berharga atau tidak.
masing-masing mungkin punya hikmah sendiri. 




Terkejut bila kawan aku menghantar mesej 
"family datang nak hantar pinangan,"
tapi aku anggap ia sebagai gurauan.
Maaf. perjalanan hidup aku masih panjang.
aku masih mahu menjaga ibu kesayangan aku, berada di sisinya.
sekian.
Wasalam.


UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

5 comments:

ananaifa enterprise said...

-salam perkenalan.. sy pun penah benti keje 2 kali.. sbbnye, nak jage anak sendri.. skali pas anak 1st lahir, benti 2 bulan, pastu keje balik alhamdulillah murah rezeki dpt keje baru.. then 2nd time pas anak 2nd lahir, benti 3 bulan, then again syukur dpt keje baru... sbb keje smula was, ase mcm stress duk umah even mase keje ase nk sgt2 balik umah.. n also x cukup survive huhuhu... now berjinak2 ngn biz sikit.. kalo sume berjln lancar, again decided nak benti koje.. hihi. neway, ni saya ade nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah & Jazakallah again ye TT//

Mrs Kamilah said...

Tidak sesukar mana tapi boleh jadi stress kalau tak pandai 'handle'..

My Precious Little Lady Bug said...

Alhamdulillah..anda mendapat pahal berganda kerana menjaga orang tua. Saya pulak dah 3 tahun berjauhan dengan suami, akhirnya terpaksa akur setelah melahirkan puteri kami pada nov 2013 , memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke bintulu. Alhamdulillah setelah 3 bulan bergelar suri rumah, dah dapat keserasian di situ.. Almaklumlah kalu dulu pas subuh dah keluar rumah pastu maghrib baru bali. Tak nak redah jem la katakan ..kerja di kl memang macam tuh..huhu...tapi best jugak sebab sekarang bukan setakan jadi suri umah, dah kerja dai rumah jer. Work at home mother (WAHM).

Nanti kalau free2 jomla layari blog saya... Banyak info yang boleh dikongsi di situ.. Salam ramadhan.

http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

mizzleenaothman said...

Salam perkenalan.ni pertama kali i singgah blog u.
tahniah jadi wahm dapat byk pahala lg berkhidmat dgn ibu.Untung u.Selalulah akak akan singgah lg blog ni tuk baca story u.Jemput dtg blog yer semoga ukhwah terjalin

Dalila yusof said...

Tunggulah de anak..nak rehat pun cukuplah rehat 5 minit jer...ha2

Jemput singgah yer
http://dalilablogez.blogspot.com/