Kadang-kadang kita kena belajar

untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan kita untuk pergi,

walaupun mungkin tidak akan kita ketemu lagi,

tetapi percayalah,

suatu hari nanti yang baek pasti akan datang menjengah...

sakit untuk melepaskan pasti akan terasa hebat

tapi

ade penawarnya

-BERSABAR-

PERINDU ILLAHI


Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..

Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak

melainkan untuk menyayangi sesama kita..

Ya ikhwan,

daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,

jika kau hilangkan agama pada dirimu,hilanglah cintaku padamu..

Ya RABBI,

kurniakan daku seseorang yang ku perlu,bukan yang ku mahu..

Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,

agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..

Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..

Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,

agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..


Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,

Ya ILAHI..

Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU..

Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMU,

agar tidak melebihi

kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..


Jagalah rinduku padanya agar ku merindukan syurgaMU..

Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,

cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,

hubungan ini kan terjaga

selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..


Ya ALLAH,Ya Rahman..Ya Rohiim..

andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,

Maka campakkanlah ke dalam hatiku

cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,

dan campakkanlah ke dalam hatinya

cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..

berikanlah kami kekuatan,kesabaran & keimanan yang teguh

agar pasrah dalam menghadapi ujianMU..

ALLAHUMMA AMIIN......


rijal dicipta sebagai pembimbing..



UkhwahFillah Dari Imah Untuk Semua....^_^

2 comments:

tuan_fatin said...

nice dud..=)

Ija Akmal Husin said...

ya allah,jiwangnye kawan aku nie..